(JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
DUB1012:PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK: ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA KE ARAH MEWUJUDKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA.
NAMA PELAJAR :
SITI NOORMAISARAH BINTI MOHD NOOR (12DEP16F1023)
NAMA PENSYARAH :
PN.ROHANI ABDUL RAZAK
SEMESTER 1/SESI JUN 2016
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga saya sempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Malaysia (DUB1012). Justeru itu, saya juga memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu "Adat Perkahwinan Masyarakat India ke Arah Mewujudkan Masyarakat Majmuk di Malaysia". Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat sepanjang menjalankan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Puan Rohani Abdul Razak kerana beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.Selain itu, tidak lupa juga perhargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga satu kaum yang telah menyumbangkan ke arah pembetukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat India begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan mereka. Bagi masyarakat india, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dengan penuh adat istiadat. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat india secara umum. Dalam adat perkahwinan masyarakat india, terdapat beberapa peringkat penting.
ADAT-ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT INDIA
MERISIK
MERISIK
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub teknik, kasta dan agama. Selain itu,faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat handal dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Ketibaan pengantin lelaki
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu, wakil lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu, bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat india, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
IKAT JANJI (NICCAYAM)
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih, pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya, perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
ADAT PARISMA
Adat parisma terbahagi kepada dua iaitu parisma biasa atau udan parisma. Parisma biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisma adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisma umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hatntaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisma yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Pada hari tersebut, bakal pengantin memakai sari parisma dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara mara boleh mengalungkan kalung bunga pada bakal perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalung tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua dua pihak pengantin.
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya, kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair atau sebagai lambang keharmonian.
SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN (ADAT MUKUURTAKAAL)
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perludijalankan terlebih dahulu, antaranya :
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak, disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaalij (Tjrumaanggalyam)
Mukuurtta Kaal
Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtakaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukuurtakaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak, disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaalij (Tjrumaanggalyam)
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti
lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali inidilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan ditempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon padaTuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau manggamenggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orangperempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
UPACARA KANGGENAM DAN PERKAHWINAN
Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin pengantin hidup bahagia hingga ke hari tua. Pendanda akan menaburkan sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan sehingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada kedua ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai
PENUTUP
Kesimpulannya, setelah bertungkus-lumus akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang saya pelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Antaranya, kaum India mempunyai adat istiadat perkahwinan yang sangat menarik dan juga cara tatatusila yang sopan dan juga bergaya. Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai adat istiadat perkahwinan kaum india di Malaysia. Adat perkahwinan kaum India di Malaysia adalah unik tetapi juga terdapat persamaan dengan adat kaum Melayu dan Cina. Adat perkahwinan tradisional kaum India tetap merupakan indetiti satu kaum dan budaya yang tidak dapat dihapuskan. Seterusnya dapat menyedari bahawa kita perlu mengekalkan adat resam perkahwinan mengikut kaum masing-masing bagi mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, perkahwinan kaum India dapat menonjolkan identiti kaum tersebut. Bukan itu sahaja, adat perkahwinan kaum India dapat juga mengeratkan hubungan ahli keluarga dan sahabat handai sekaligus dapat mengekalkan sesuatu kaum.
RUJUKAN
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india-.html
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.my/2015/02/40-perkahwinan-kaum-india.html
https://www.scribd.com/doc/36914203/Adat-Perkahwinan-Kaum-India
https://www.scribd.com/doc/16652531/Adat-Perkahwinan-Kaum
https://prezi.com/fjhlo-5sskrr/copy-of-copy-of-perkahwinan-kaum-india/
Ini sangat bantu saya
ReplyDeleteThank you very much
Tq
ReplyDeleteBantu aku banyak terima kasih
ReplyDelete